Kenali mereka

Saturday, October 18, 2008

Kes “Uncle Seekers” 26 November


Kes “Uncle Seekers” 26 November

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam, menetapkan 26 November ini untuk pengurusan kes saman malu RM5 juta dikemukakan Keyua Penyelidik Paranormal Seekers Malaysia, Syed Abdullah Syed Hussien Al-Attas terhadap seorang pengamal perubatan tradisional yang didakwa mengeluarkan perkataan fitnah mengenai beliau di akhbar The Malay Mail , dua tahun lalu.

Timbalan Pendaftar Razman Ibrahim menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas dimaklumkan bahawa defendan, Mohd Arief Mohamad Batcha sudah melantik peguam baru melalui Tetuan Lainah Yaacob & Zulkepli dan memerlukan masa untuk meneliti semula dokumen berkaitan kes.

Pada 4 April lalu, Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai ‘Uncle Seekers’ memfailkan saman malu itu terhadap Mohd Arief, juga pengasas Pusat Perubatan Tradisional Seni Pertahankan Diri Cakra Alam, di Mahkamah Tinggi Wisma Denmark di sini, melalui peguamnya Wan Azmir Wan Majid.

Dalam pernyataan tuntutannya, Syed Abdullah mendakwa Mohd Arief mengeluarkan perkataan fitnah terhadapnya di akhbar The Malay Mail pada 25 Oktober 2006 dan sekali lagi memfitnahnya di akhbar sama pada 2 November 2006.

Syed Abdullah mendakwa perkataan fitnah itu antara lain bermaksud, beliau adalah salah seorang gangster, terbabit dalam kegiatan jenayah dan mengugut orang.

Beliau mendakwa, perkataan fitnah itu dikeluarkan Mohd Arief selepas beliau membongkar amalan perubatan defendan yang didakwanya sebagai palsu dan menipu orang ramai.

Syed Abdullah berkata, akibat daripada pernyataan fitnah itu beliau kemudian ditahan dan direman oleh polis, selain gambar serta berita penangkapannya tersiar di media.

Sehubungan itu , beliau menuntut ganti rugi teladan berjumlah RM5 juta, ganti rugi am, faedah pada kadar lapan peratus setahun, kos dan lain-lain relif yang difikir wajar oleh mahkamah.

Pengurusan saman 'Uncle Seekers' Nov depan



Pengurusan saman 'Uncle Seekers' Nov depan
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Sivil di sini semalam, menetapkan 26 November depan untuk pengurusan kes saman fitnah RM5 juta Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas atau Uncle Seekers terhadap pengamal perubatan tradisional, Mohd Arief Mohamed Batcha.

Timbalan Pendaftar, Razman Ibrahim menetapkan tarikh berkenaan dalam kamar bagi pihak defendan yang diwakili peguam Zulkepli Omar daripada Tetuan Lainah Yaacob & Zulkepli, meneliti klausa-klausa tindakan yang telah dikemukakan.

Syed Abdullah melalui peguamnya, Wan Azmeer Wan Majid memberitahu, tarikh pengurusan ini diberikan setelah peguam defendan, SN Nair menarik diri.

“Saya pun tidak tahu bila kes ini akan berjalan (dibicarakan). Peguam defendan asyik tarik diri saja. Masuk hari ini (semalam) dah kali kedua,” kata Ketua Penyelidik Paranormal Seekers Malaysia itu.

Beliau memberitahu, saman fitnah itu difailkan pada 2007 ekoran kenyataan Mohd Arief berbaur fitnah yang menyatakan beliau melalui sistem pesanan ringkas (SMS) pernah mengugut Mohd Arif dengan memaksanya memberikan wang selain mengancam keselamatannya.

Selain itu, Syed Abdullah mendakwa Mohd Arief turut membuat fitnah dalam satu kenyataan di akhbar dengan menyatakan Syed Abdullah bersama tiga rakannya menyamar sebagai anggota polis sehingga menyebabkan Syed Abdullah ditangkap, digari dan direman selain hal berkenaan diterbitkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia pada 21 Oktober 2006.

“Semua ini berlaku setelah saya mengeluarkan kenyataan dalam akhbar Kosmo! yang bertajuk ‘Ramai ustaz lebih cenderung memperdaya daripada mengubat – kaya dengan kelentong’.

“Ekoran itu, Ustaz Arief mendakwa saya telah mencemarkan nama baik, menyebarkan keburukannya dengan palsu. Sedangkan dalam kenyataan akhbar berkenaan saya tidak sebut pun nama dia atau nama sesiapa. Kenapa dia perlu terasa,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, pengkaji paranormal rancangan seram ‘Seekers’ bagi musim pertama dan kedua yang disiarkan di NTV7 memfailkan saman malu bagi menuntut ganti rugi RM5 juta terhadap pengamal perubatan tradisional atas dakwaan mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya di akhbar.

Dalam penyataan tuntutan, Syed Abdullah mendakwa Mohd Arief pada 25 Oktober 2006 telah mengeluarkan kata-kata fitnah di akhbar The Malay Mail.

Beliau juga mendakwa Mohd Arief sekali lagi mengeluarkan kata-kata fitnah di akhbar yang sama pada 2 November tahun yang sama.

Syed Abdullah juga mendakwa, kata-kata fitnah itu dikeluarkan Mohd Arief setelah beliau (Syed Abdullah) membongkar amalan perubatan yang dilakukan Mohd Arief yang dikatakan palsu dan menipu orang ramai.

Beliau mendakwa, akibat daripada kenyataan fitnah Mohd Arief itu, dia ditangkap dan direman polis.

Wednesday, October 15, 2008

Jijiknya Restoran Mamak


Jijiknya Restoran Mamak

Satu lagi pendedahan eksklusif Uncleseekers selepas membongkar penipuan bomoh palsu, pukulan jarak jauh, Jenglot & Pameran Hantu.

Benarkah segelintir Restoran Mamak di Malaysia menghidangkan makanan kepada para pelanggan menggunakan minyak masak kitar semula yang mungkin telah digoreng dengan pelbagai makanan yang tidak halal? Benarkah sayur yang digoreng tidak dibasuh dengan bersih sehingga kadangkala pengguna tanpa sedar menikmati sayuran yang digoreng bersama ulat dan racun serangga? Benarkah terdapat segelintir peniaga Restoran Mamak yang rakus meletakkan 7 jenis najis antaranya taik kuku & abu mayat sebagai pelaris makanan? Benarkah kari yang dihidangkan setiap hari sebenarnya adalah kari yang telah dicampur dengan kari yang sudah bertahun lamanya?

Penulis sanggup dibawa kemuka pengadilan sekiranya bukti bergambar didalam buku ini adalah palsu!

Monday, October 13, 2008

Perbicaraan pertama Uncleseekers saman Ustaz Arief Cakra Alam sebanyak RM5 juta

Perbicaraan pertama Uncleseekers saman Ustaz Arief Cakra Alam sebanyak RM5 juta


Mahkamah Tinggi, Jalan Duta
16 Oktober 2008
9 pagi