Kenali mereka

Thursday, January 29, 2009

Trailor Seksologi - episod 8 – Senggugut

Trailor Seksologi - episod 8 – Senggugut

Ketika di rumah Dr Ismail, Adeekseekers sempat bertanya dengan Dr. Ismail mengenai senggugut, sakit yang dialami setiap wanita sebelum datang haid. Ikuti penjelasan Dr. Ismail bagaimana ia boleh berlaku dan apakah rawatan untuk meredakan senggugut bersama Adeekseekers dan Brother Joe.
Sila tonton program sepenuhnya di www.hypp.tv.

Trailor Hipotesis - Episod 8 – Kuat

Trailor Hipotesis - Episod 8 – Kuat

Untuk episod kali ini pondok Mok telah didatangi oleh dua orang mak nyah untuk mempelajari ilmu kuat. Bagaimanakah Mok mengajar ilmu tersebut kepada mereka? Saksikan bersama..
Sila tonton program sepenuhnya di www.hypp.tv

Treler Iktilaf - Episod 8 - Penanggal

Treler Iktilaf - Episod 8 - Penanggal

Episod Penanggal akan menceritakan tentang kepercayaan Masyarakat Orang Melayu tentang jelmaan Penanggal. Zelmey dan Habib masih dengan pendapat masing-masing. Mereka telah menerjah Utusan Karya untuk memperkukuhkan pendapat masing-masing. Mari kita saksikan bersama..
Sila tonton program sepenuhnya di www.hypp.tv.

Saturday, January 24, 2009

Seekers terbit koleksi enam buku mini hantu tempatan

Seekers terbit koleksi enam buku mini hantu tempatan

Seekers terbit koleksi enam buku mini hantu tempatan

RAMAI TIDAK KENAL HANTU

SETELAH mencetuskan kontrovesi melalui buku 99 Jelmaan Makhluk halus, kumpulan pengkaji paranormal, PSI Seekers, muncul lagi dengan siri versi kompak.

Kali ini mereka menerbitkan pula edisi mini tersebut yang menggunakan tajuk yang sama tetapi tampil dengan enam nashkah berbeza menerusi enam cerita hantu yang berlainan.

Berbeza dengan edisi asal yang dilancarkan Ogos lalu pada harga RM999.99, koleksi khas itu hanya berharga RM9.99 yang mengetengahkan enam jenis hantu tempatan yang paling popular.

Ada yang kata buku versi asal agak tebal dan penat dibaca untuk sampai habis , maka kita terbitkan versi kompak yang lebih ringkas dan mesra pembaca,” kata penulisnya Abdullah Syed Hussein Alattas.

Lebih dikenali dengan gelaran Uncle Seekers, objektif sebenar ketua Team Paranormal Scene Investigation (PSI) itu adalah untuk mendedahkan latar belakang hantu Malaysia secara ilmiah.

Barangkali inilah satu-satunya ensiklopedia mengenai hantu Malaysia yang terdapat di pasaran dan ditampilkan dalam format santai yang bukan berbentuk tesis penyelidikan universiti.

Hakikatnya, ramai orang kita tidak kenal hantu. Jika ada pun cuma dengar cakap atau terpengaruh dengan filem seram yang realitinya bukan seperti yang digambarkan,” tegasnya.

Berlainan dengan versi sebelum ini setebal 1,210 muka surat, setiap buku dalam edisi mini itu lebih tipis iaitu 128 halaman. Malah cetakaanya tidak terhad yang berbeza dengan edisi asal sekadar 99 nashkah.

“Setiap buku mengupaskan mengenai hantu tertentu lengkap dengan profil,
gambar dan rujukan, missal nya dalam siri Penanggal, didedahkan hantu perakang, hantu puaka dan saka,” terang Abdullah.

Dalam siri Hantu kubur, turut dihidangkan adalah mengenai hatu jepun, jinjang, kayung dan hantu tangga. hantu batu, polong, hantu dapur dan harimau jadian dimuatkan dalam siri Hantu Tengelung
.
Jika siri Hantu Bujang Sembelih, ada tambahan cerita hantu air, hantu budak, hantu beruk, hantu uri. Maklumat mengenai pelesit, saka, hantu pemburu dan hantu puteri terdapat dalam siri Orang Bunian.
Jika pembaca ingin membeli buku siri terakhir Jin Islam, merakia turut memperoleh maklumat benguna mengenai jin kafir, hantu laut, mambang kuning dan mati air.

“PelbagaI petua untuk menghindari daripada gangguan makhluk halus turut dipaparkan seperti penggunaan duri pokok mengkuang dapat menjauhi penganggal,” jelas Abdullah.

Beliau mengharap buku-buku tersebut dalam bahasa yang mudah difahami berserta foto dan ilustrasi menarik serta fakta saintifik hasil dalam kajian selama empat tahun.

Hakikatnya tidak ramai pengkaji tempatan membuku penemuan mereka mengenai hantu Malaysia dan usaha pembongkaran Abdullah wajar dapat penghargaan.

Beliau berharap penerbitan siri buku 99 Jelmaan Makhluk itu dapat Amemperkayakan lagi khazanah ilmu mengenai makhluk halus melalui perspektif tempatan.


Info
99 Jelmaan Makhluk Halus
Tajuk koleksi siri: Penanggal, Hantu Kubur, Hantu Tenggelung, Hantu Bujang Sembelih, Orang Bunian, Jin Islam.
Jenis kulit keras: 128 muka surat setiap siri
Pengedar: Roket Kertas Distribution Sdn Bhd.
Harga: RM9.90 senaskah/RM49.90 satu pek.
Penerbit: Team PSI Productions (M) Sdn Bhd.
Tel: 03-20213190, 012-2209920

Kosmo 18-1-09

Saka - Kisah Benar - Makan kuat tapi badan makin melidi (2)
Mekanik dakwa lihat tiga kepala lembaga pelik
Demam nampak pocong - Penduduk dua kampung gempar kemunculan lembaga putih
Lokasi paling berhantu
Jerat bomoh temberang
Seekers terbit koleksi enam buku mini hantu tempatan
Seekers goes online
Siaran TV Mistik Tempatan 24 Jam
PSI bukukan kajian tentang makhluk halus
Dunia Hantu Uncle Seekers

Saturday, January 17, 2009

Trailer Onomastik – Episod 1 – Siapa punya

Trailer Onomastik – Episod 1 – Siapa punya

Untuk episod pengenalan ini, selain kita mengupas kewujudan peninggalan sejarah lampau di kawasan Banjaran Titiwangsa, kita juga akan diingatkan juga tentang pulau-pulau yang menjadi rebutan negara kita dengan negara jiran, antaranya Pulau Batu Putih dan juga Pulau Pisang. Ini adalah rentetan kisah lampau yang harus kita jadikan tauladan dan sempadan. Sehubungan dengan itu, akhbar negara jiran juga ada menyiar akan kisah penemuan bahan-bahan artifak lama dan juga lokomotif lama di Banjaran Titiwangsa yang mana mereka menyatakan penemuan tersebut adalah penemuan dari hasil kajian rakyat mereka, sedangkan kajian dan penyelidikan anak watan negara tidak di ketengahkan. Ibarat..Lembu Punya Susu, Sapi Mendapat Nama.

Adakah benar..terjadinya sedemikian sepertimana yang digembar gemburkan atau satu sandiwara semasa untuk mencari publisiti murahan. Jadi..renungkanlah bersama dan jawapannya anda sendiri tahu bukan!!! Untuk kebenaran saksikan sendiri..Onomastiksatu realitisebuah catatan kebenaran.
Sila tonton program sepenuhnya di www.hypp.tv

Trailor Hipotesis - Episod 7 – Histeria

Trailor Hipotesis - Episod 7 – Histeria

Semasa Max dan tok bomoh sedang bermain gitar dan menyanyi, mereka berdua telah di datangi oleh Nizam seorang pemuda yang datang meminta tolong kerana ketika beliau berjalan menyusuri sungai dia nampak sekumpulan budak perempuan yang sedang berada dalam khemah telah jatuh dan menjerit-jerit. Tanpa membuag masa tok bomoh Yul Bruno dan Max terus menuju ke tempat yang dimaksudkan oleh Nizam tadi untuk memberikan pertolongan. Sampai sahaja ke tempat tersebut Yul Bruno dan Mack dapati melihat ada tiga orang gadis bawah umur dalam keadaan meronta-ronta sambil menjerit-jerit, tok bomoh Yul Bruno dan Max serta Nizam telah memberikan bantuan kepada budak-budak tersebut, Yul Bruno dapati kesemua mereka di serang penyakit Histeria. Akhirnya budak-budak perempuan itu dapat di pulihkan. Max bertambah teruja dengan kehebatan tok bomoh Yul Bruno. Akhirnya Max mengakui bahawa tok bomoh Yul Bruno memang handal.
Sila tonton program sepenuhnya di www.hypp.tv

Trailor Hipotesis - Episod 6 – Ilmu Telus

Trailor Hipotesis - Episod 6 – Ilmu Telus

Bermula dengan tok bomoh berjaya mengubati penyakit adik Max yang bernama Liza. Max semakin percaya dengan kebolehan Yul Bruno, pada suatu malam ketika Yul Bruno sedang duduk berangan dtepi tangga Max datang dengan membawa komputer riba untuk bertanya tentang perubatan menggunakan elektrik dan juga Ilmu Telus. Dengan angkuhnya tok bomoh Yul Bruno menerangkan apa yang Max ingin tahu, akhir sekali Max meminta tok bomoh Yul Bruno mengajarnya mengenai Ilmu Telus, pada mula Yul Bruno agak keberatan untuk mengajar sedangkan wang pengeras semasa Mack belajar ilmu kebal belum di bayar, akhirnya beliau bersetuju dengan syarat Max memberikan adiknya Liza untuk dijadikan teman hidup Yul Bruno, oleh kerana taksub dengan kehebatan Yul Bruno Max sanggup meletakkan adiknya sebagai cagaran. Yul Bruno telah mengajar Max beberapa ilmu telus, yang mana semuanya di dedahkan Yul Bruno setelah Max tiada bersamanya. Antara perbuatan yang menunjukkan Ilmu telus ini adalah menutup mata sambil meniru gerak gaya orang lain, memotong buah timun sambil menutup mata dan menunggang motosikal semasa mata di tutup. Max semakin kagum dengan kehebatan Yul Bruno. Akhirnya Yul Bruno mendedahkan rahsia sebenarnya, dan Max tidak tahu bahawa beliau telah di peralatkan oleh Yul Bruno.
Sila tonton program sepenuhnya di www.hypp.tv

Trailor Iktilaf - Episod 7 – Jin Islam

Trailor Iktilaf - Episod 7 – Jin Islam

Dalam episod ke tujuh ini pula Zelmy telah membawa Habib ke salah sebuah lokasi yang jauh dari bandar. Habib menyahut cabaran itu demi untuk mendapatkan jawapan yang pasti. Kali ini mereka ke Mesjid tinggal Parit Serong, Tanjung Karang, Selangor untuk bertemu dengan beberapa orang untuk mendapatkan jawapan mengenai wujudnya Jin Islam. Walaupun lokasinya jauh namun keperihatinan untuk mendapatkan jawapan harus dijalankan. Mereka berdua telah mewawancara beberapa penduduk setempat mengenai Jin Islam malah mereka juga berkesempatan untuk menanyakan hal tersebut kepad bekas imam mesjid tinggal kawasan tersebut. Adakah mereka temui apa yang mereka hajati. Sama sama kita saksikan Iktilaf dengan tajuk Jin Islam. Sila tonton episod sepenuhnya diwww.hypp.tv

Trailor Seksologi - episod 7 – HIV

Trailor Seksologi - episod 7 – HIV

Bila sebut saja penyakit ini sudah terbayang di ruang mata dan minda kita bahawa maut akan menjelma. HIV sudah dikenali sejak dulu lagi, sehingga kini tiada lagi ubat yang dapat mengubati penyakit ini malah maut saja yang bakal di tempah oleh penghidapnya. Bagi mengetahui lanjut lagi tentang penyakit ini Adeekseeker dan Brother Joe telah bertandang kerumah Dr. Ismail Thamby untuk mengetahui tentang penyakit ini. Walau pun sedang berehat setelah seharian bertugas Dr. Ismail tidak pernah menolak pertanyaan yang diberikan oleh Adeekseekers dan Brother Joe. Penerangan yang panjang lebar serta nasihat mengenai penyakit ini di sampaikan oleh Dr. Ismail Thamby dengan penuh semangat kerana ramai yang diluar masih tidak mengetahui akan penyakit yang merbahaya ini. Di samping itu juga pendapat orang ramai dipaparkan untuk dijadikan pedoman untuk semua.
Sila tonton program sepenuhnya di www.hypp.tv.

Tuesday, January 13, 2009

Trailer Seksologi - Episod 6 - Homoseksual

Trailer Seksologi - Episod 6 - Homoseksual

Dalam episod Seksologi kali ini Adeekseekers dan Brother Joe menerjah ke Bukit Tinggi Resort untuk menebual Dr. Ismail Thamby berkenaan dengan Homoseksual. Apakah yang dimaksudkan Homoseksual itu serta puncanya terjadinya Homoseksual..Adakah cara untuk merawatnya..Sama-sama kita ikuti perbualan antara Adeekseekers dan Brother Joe bersama Dr. Ismail. Sila tonton program sepenuhnya di www.hypp.tv

Trailer Iktilaf - Episod 6 - Pontianak VI

Trailer Iktilaf - Episod 6 - Pontianak VI

.Menceritakan dan mengulas tentang kepercayaan masyarakat Melayu tentang jelmaan Pontianak.. Habib dan Zelmey telah bertemu dengan saksi yang pernah merakam jelmaan Pontianak dipejabat lamanya. Beliau juga menceritakan pengalaman yang telah dilalui sewaktu menyewa di pejabat tersebut. Mari kita tonton episod akhir Pontianak kali ini..

Friday, January 9, 2009

Trailer Hipotesis - Episod 5 – Rasuk

Trailer Hipotesis - Episod 5 – Rasuk






Ketika dalam dilemma mengingatkan kekasihnya tok bomoh Yul Bruno terkejut apabila Max telah datang membawa adiknya yang telah dirasuk oleh makhluk halus yang dikenali sebagai nenek kebayan. Tok Moh menggunakan ilmu-ilmu terpakainya untuk mengubati Liza. Akhirnya, Liza berjaya di sembuhkan oleh Tok Moh. Max semakin yakin dengan ilmu yang dimiliki oleh Tok Moh dan sanggup berguru dan menjadi orang suruhan Tok Moh. Dalam pada itu, Tok Moh masih mengekalkan gaya machonya untuk memikat Liza. Liza pula seakan terpaut dengan gaya Tok Moh yang mengubatinya dan akhirnya Liza jatuh cinta pulak pada Tok Moh Yul Bruno. Dapatkah Yul Bruno mengekalkan identitinya sebagai Bomoh terulung di kampung teratak Pak Habib. Kita saksikan bersama.
Sila tonton program sepenuhnya di www.hypp.tv

Trailer Iktilaf - Episod 5 - Pontianak III

Trailer Iktilaf - Episod 5 - Pontianak III

Menceritakan dan mengulas tentang kepercayaan Masyarakat Melayu tentang Jelmaan Pontianak. Peristiwa berdarah 13 Mei menjadi titik hitam kepada orang-orang melayu, kisah yang telah berlaku sedikit sebanyak meninggalkan banyak kenangan buruk kepada kita semua. Kali ini Habib dan Zelmey cuba mengorek dan mengkaji cerita yang benar berlaku ketika itu. Mereka berdua sanggup mencari kubur-kubur peninggalan 13 Mei yang mana ada kisah duka harus kita kongsi bersama. Dapatakah Habib dan Zelmey menemui apa yang tidak mungkin pudar dalam ingatan kita semua.
Hanya Habib dan Zelmey saja yang tahu akan cerita sebenarnya…
Sila tonton episod sepenuhnya diwww. hypp. tv

Trailer Seksologi - episod 5 - Mati pucuk

Trailer Seksologi - episod 5 - Mati pucuk

Perkara yang amat ditakuti oleh semua kaum adam di dunia ini adalah penyakit Mati Pucuk. Penyakit ini merupakan satu titik hitam bagi mereka. Dalam episod Seksologi kali ini Adeekseekers dan Brother Joe cuba mendapatkan maklumat terperinci mengenai penyakit tersebut dari pakar yang sudah tidak asing lagi iaitu Dr. Ismail Thamby. Bagaimanakah penyakit ini boleh terjadi? Apakah punca dan bagaimana untuk mengubati penyakit ini. Sama-sama kita saksikan Seksologi dalam episod Mati Pucuk.
Sila tonton episod sepenuhnya diwww. hypp. tv

Sunday, January 4, 2009

Trailor Hipotesis - episod 4 Elektrik


Dalam episod ini Jamie datang untuk mendapatkan maklumat mengenai arus elektrik dalam ilmu perubatan alternatif. Tok dukun memberikan maklumat melalui internet dan beliau telah jatuh hati dengan Jamie pula
Sila tonton program sepenuhnya diwww.hypp.tv

Trailor Hipotesis - episod 3 - Pembedahan bathin


Dizaman ini masih ada yang mempercayai ilmu kebatinan. Tetapi itu hanyalah helah bomoh yang inginkan keuntungan semata-mata. Mereka sebenarnya ada rahsia disebalik perbuatan tersebut.

Trailor Hipotesis - episod 2 Kebal


Dalam episod kali ini terdapat beberapa orang pemuda yang ingin mempelajari ilmu kebal. Jadi tok dukun menurunkan ilmu kebal itu kepada mereka. Tetapi ilmu tersebut juga ada rahsia disebaliknya.
Sila tonton program sepenuhnya di www.hypp.tv

Trailor Hipotesis - episod 1 - Telur sakti & nombor ekor


Sesetengah bomoh menggunakan telur sakti sebagai salah satu cara perubatan untuk merawat pesakit. Tetapi pada hakikatnya, terdapat penipuan disebalik semua itu.
Sila tonton program sepenuhnya di www.hypp.tv

Trailor Seksologi - episod 4 Klimaks


Kali ini Adeekseekers membawa seorang kawan bernama Joe yang begitu teruja untuk berjumpa Dr Ismail Thamby dan mendapatkan maklumat mengenai Klimaks. Apakah itu Klimaks ikuti bersama Adeekseekers dan Joe bersoal jawab dengan Dr Ismail Thamby
Sila tonton program sepenuhnya diwww.hypp.tv

Trailor Seksologi - episod 3 Keputihan


Untuk episod ini, Adeekseekers bersama Monaseekers berjumpa dengan Dr Ismail Thamby untuk bertanyakan mengenai Keputihan. Bagaimana ianya boleh berlaku dan cara mencegahnya, sama-sama kita ikuti perbualan antara Dr Ismail Thamby bersama Adeekseekers dan Monaseekers.
Sila tonton program sepenuhnya diwww.hypp.tv

Trailor Seksologi - episod 2 - Onani


Dalam episod ini, Adeekseekers bertemu semula dengan Dr Ismail Thamby untuk bertanya dan mendapatkan maklumat mengenai Onani. Banyak maklumat yang diberikan oleh Dr Ismail Thamby, tak rugi jika anda menontonnya.
Sila tonton pogram sepenuhnya diwww.hypp.tv

Trailor Seksologi - episod 1 - Penyakit Kelamin


Rancangan ini membeicarakan soal seks semasa, dimana Adeekseekers akan menemubual Dr Ismail Thamby mengenai Penyakit Kelamin. Apakah itu Penyakit Kelamin, punca-punca dan cara mencegahnya, ikuti selanjutnya perbualan mereka.
Sila tonton program ini di www.hypp.tv

Trailor Iktilaf - Episod 4 Pontianak II


Episod Pontianak kali ini akan mengulas kepercayaan dan perbezaan antara Pontianak, Kuntilanak, Sundelbolong dan Vampire
Sila tonton program ini sepenuhnya di www.hypp.tv

Trailor Iktilaf - Episod 3 - Pontianak I


Episod kali ini akan menceritakan dan mengulas tentang kepercayaan orang ramai tentang kewujudan Pontianak.

Trailor Iktilaf - Episod 2 – Toyol


Dalam episod Toyol, Zelmey dan Habib membincangkan alat-alat, tumbuh-tumbuhan serta rupa bentuk yang digembar-gemburkan. Mereka juga menjalankan ujikaji permainan yang disukai oleh Toyol seperti kacang hijau dan batu lesung…
Sila tonton program ini sepenuhnya di
www.hypp.tv

Trailor Iktilaf - Episod 1 - Hantu Air


Episod pertama Iktilaf memaparkan Habib dan Zelmey yang berpegang pada kepercayaan masing-masing. Habib dan Zelmey membincangkan tentang kewujudan Hantu Air.