Kenali mereka

Saturday, March 12, 2011

Rakaman Makhluk Paranormal 1?

Rakaman Makhluk Paranormal 1?
Ketakutan itu satu hiburan



Bermula daripada hari ini, kami menjemput anda semua untuk menjadi juri pengkaji paranormal. Terdapat tidak kurang 10 rakaman makhluk paranormal yang akan dipaparkan dari 12-3-2011 sehingga 12-4-2011. Sesiapa yang dapat memberi jawapan yang 'bersesuaian' kami akan menghadiahkan sebotol 'Pembersih Harian Wanita' keluaran Cik Manja yang telah mendapat pengiktirafan 'Malaysia Book Of Record' (First Safety Test Of Feminine Hygiene On Human). Kalau kaum adam yang menang, ko orang bagilah kat bini atau aweks atau bakal mak mertua. Ahakz...

(Terdapat 10 botol untuk anda miliki - Setiap rakaman, Cik Manja hadiahkan 1 botol untuk pemenang)

Klik imej untuk lebih besar

Maklumat tentang kejadian

Tarikh - 7-1-2007
Hari - Ahad
Lokasi - Pameran Alam Misteri - Nilai 3, Negeri Sembilan
Gajet - Cctv
Posisi - Cctv 2
Pengkaji - Syamsul Bahari
Subjek - Terdapat 8 cctv dipasang di dalam pameran tersebut. Salah satu kejadian adalah daun pisang dan beberapa pokok yang berdekatan kelihatan bergerak dengan sendirinya. Kejadian ini berlaku selepas pameran di tutup selepas 10 malam. Pokok pisang di dalam pasu yang ditempatkan berdekatan dengan salah satu 'objek pameran' dalam pameran tersebut didapati bergerak turun ke bawah dengan sendiri.

Syarat-syarat
Sebagai pihak juri, anda bebas memberi sebanyak manapun pendapat tentang rakaman ini dalam kotak komen. Pihak kami hanya akan menolak komen anda sekiranya bertentangan dengan rakaman di atas. Pihak kami akan hubungi anda dengan segera sekiranya jawapan yang diberikan sudah memuaskan pihak kami dan selepas itu kami akan paparkan rakaman yang seterusnya.

Tunggu apa lagi...

Nota
Anggota Team PSI jangan nak menyibuk dalam peraduan ni.

12 comments:

Anonymous said...

macam seram je mau tgok rakaman tu.. hiiiiii

Uncleseekers said...

Loor..bukannya ada penampakan pun. Cuma daun bergoyang jer. Tapi kenapa dia bergoyang tanpa ada angin yang bertiup? Haa... sila jawab...

MUHAMMAD QUSYAIRIE said...

hmm,,,senang jek uncle,,,daun pisang 2 jd cam 2 coz dier dalam proses nk ptah...btol x2...???:)

Uncleseekers said...

Muhammad Qusyairie - Siapa yang patahkan dan kenapa pokok2 kecil yang berdekatan bergoyang?

Kim said...

Ada hantu lah tu

Unknown said...

hahaha x seram langsung..sebenonya ada anggota seeker yg goyangkan n smbunyi blakang pokok pisang tu la

bur said...

Biasele pelepah pisang yang dah tua lembik dah patah, ada akar-akar yang duk keliling tertarik kebawah. maka jadile yang lain 2 tu bergoyang. he he he ....

Uncleseekers said...

Kim - :(

Faizal - Loor, byk keje lain bileh buat. Caamner jwpn yg kreatif

Saudara Bur - Tolong berikan alamat rumah atau no talian diemail saya. Nampaknya jawapan anda nampak 'sesuai'

Tahniah

Mak Peah Bini Sood said...

sajerlah nak komen ajer...

pokok tu cuma pokok pameran sahaja... mungkin akarnya pun tarak sekadar menempel sahaja...

setiap bilik pameran apabila takde pengunjung
temperature mesti drop sejuk... manusia badan ada bahang...

dah lumrah pokok adakala mengecut dan adakala mengembang ikut suhu dan cuaca... kalau arwah Omak saya dia panggil tu pokok nak tidur jgn kaco! hihihihi

Unknown said...

cite2 nk jdi army, tgk video uncle ni buat aku takut. tpi xpe.. Allah ade.. tiade yg lebih berkuasa melainkanNya

SiamangBukit said...

Didalam bangunan itu ada Star Gate yang menghubungi kita dengan parallel universe

Mr. Deen said...

Biasalah beb, sebelum kita jengah alam mistik, kita kena tengok dulu dari segi saintifik.

Pokok bercirikan pelepah lembut seperti keladi, pisang dll kebiasaannya berubah saiz selepas proses fotosintesis. Bermaksud, tumbesaran sesetengah pelepah berlaku tidak sekata dan mengakibatkan berlaku sedikit pergerakan. Sama juga dengan proses penuaan dan pelayuan.

Untuk eksperimen ringkas, boleh perhatikan bagaimana tunas pokok keladi melebarkan daun. Berbunyi seakan getah bergesel dan agak menyeramkan jika tidak tahu. Biasanya berlaku di antara pukul 10pm - 6am. Kelopak daun akan terbuka sedikit demi sedikit dan terhenti apabila kitaran fotosintesis bermula. Dan bersambung kembali apabila proses fotosintesis selesai.

Itu adlh penjelasan dari segi saintifik yg aku tahu serba sedikit. Selain dari tu, wallahu'alam..